Monday, 18 February 2013

Kasih dan Pengorbanan Ibu Bapa

Assalamualaikummmm. Selamat malam :)

saya nak berkongsi sedikit dan  ingin mengingatkan anda semua tentang pengorbanan ibu bapa. Jadi, dengan baca entry ini dapatlah anda semua ingat kembali dosa2 yang pernah anda lakukan terhadap mereka. Jadi saya harap anda dapat renung-renungkan dan mohon maaf terhadap mereka selagi mereka masih disisi anda :) simple right? bukan hari raya je hari untuk kita bermaafan. Sebenarnya hari2 anda mohon maaf itu lebih baik. Ini kerana ibu bapa banyak berjasa dan berkorban apa sahaja untuk membesarkan kita. Jika dibayar dengan wang ringgit pun tidak cukup kerana pengorbanan mereka terlalu besar dari kita kecil sehingga sekarang.


Kita hanya mendoakan kesejahteraan mereka dan membalas pengorbanan mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Jadi anda fahamilah apa itu pengorbanan ibu bapa. Sila baca bawah ni :)


Pengorbanan di dalam kehidupan sememangnya merupakan lumrah kehidupan kita seorang insan yang bernama manusia.Pengorbanan seorang ibu,pengorbanan seorang ayah dan lain-lain jenis pengorbanan yang dilakukan untuk membahagiakan anak-anak.Pengorbanan ibu bapa kita merupakan pengorbanan paling tinggi yang kita tidak wajar dilupakan.Susah-payah mereka membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa,masyarakat dan negara.

Usahlah,janganlah kita melupakan akan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu kita.Dia telah mengandungkan kita,bukannya sekejap tetapi sembilan bulan sepuluh hari kita di dalam kandungan,dibawa bersama-sama payah jerih ditanggungnya.Dia melahirkan kita,menyusukan kita,amat tinggi pengorbanannya.Semasa kita kecil,ketika waktu tidur ibu kita menjaga kita,kalau boleh seekor nyamuk pun tak dibenar gigit kita.Dijaga dan dibelai,pengorbanan ibu membawa kita ke syurga kerana ada pepatah melayu mengatakan “pintu syurga di bawah telapak kaki ibu”.

Seorang lelaki yang bergelar “bapa”mempunyai pengorbanan yang tinggi disebalik pengorbanan seorang ibu.Bapa kita telah membesarkan kita,dia telah bersusah payah untuk membesarkan kita walaupun dihimpit pelbagai masalah dan cabaran kehidupan.Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan bapa kita untuk membesarkan kita.Sebagai anak-anak kita wajib membalas akan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada kita sehingga kita mampu berjaya dalam kehidupan,walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan sebarang balasan dari anak-anak mereka.Percayalah ALLAH pasti membalasnya kerana redha ALLAH terletak pada redha ibu-bapa kita.



No comments:

Post a Comment