Hai guys Assalamualaikum.Aku nak kongsi sedikit cara nak tenangkan hati. Kalau hati kita tenang, mesti semua yang kita lakukan akan berjalan dengan lancar. betul tak? Ok aku nak kongsi kata-kata motivasi daro Dato' Fadhilah Kamsah. Aku memang minat dan suka dengar motivasi dari beliau. Pada sesiapa yang belum pernah dengar motivasii ini silalah baca ni untuk santapan minda :
Mengikut Pakar Motivasi Prof Dato' Fadhilah Kamsah...
1)
Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - kaedah yang sungguh berkesan.
Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2)
Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur,
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa
diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4)
Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6)
Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik,
kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan
lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7)
Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci
hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
CUBALAH!!
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9)
Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.
No comments:
Post a Comment