Monday, 18 February 2013

Cara tenangkan hati....

Hai guys Assalamualaikum.Aku nak kongsi sedikit cara nak tenangkan hati. Kalau hati kita tenang, mesti semua yang kita lakukan akan berjalan dengan lancar. betul tak? Ok aku nak kongsi kata-kata motivasi daro Dato' Fadhilah Kamsah. Aku memang minat dan suka dengar motivasi dari beliau. Pada sesiapa yang belum pernah dengar motivasii ini silalah baca ni untuk santapan minda :

Mengikut Pakar Motivasi Prof Dato' Fadhilah Kamsah...

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Kasih dan Pengorbanan Ibu Bapa

Assalamualaikummmm. Selamat malam :)

saya nak berkongsi sedikit dan  ingin mengingatkan anda semua tentang pengorbanan ibu bapa. Jadi, dengan baca entry ini dapatlah anda semua ingat kembali dosa2 yang pernah anda lakukan terhadap mereka. Jadi saya harap anda dapat renung-renungkan dan mohon maaf terhadap mereka selagi mereka masih disisi anda :) simple right? bukan hari raya je hari untuk kita bermaafan. Sebenarnya hari2 anda mohon maaf itu lebih baik. Ini kerana ibu bapa banyak berjasa dan berkorban apa sahaja untuk membesarkan kita. Jika dibayar dengan wang ringgit pun tidak cukup kerana pengorbanan mereka terlalu besar dari kita kecil sehingga sekarang.


Kita hanya mendoakan kesejahteraan mereka dan membalas pengorbanan mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Jadi anda fahamilah apa itu pengorbanan ibu bapa. Sila baca bawah ni :)


Pengorbanan di dalam kehidupan sememangnya merupakan lumrah kehidupan kita seorang insan yang bernama manusia.Pengorbanan seorang ibu,pengorbanan seorang ayah dan lain-lain jenis pengorbanan yang dilakukan untuk membahagiakan anak-anak.Pengorbanan ibu bapa kita merupakan pengorbanan paling tinggi yang kita tidak wajar dilupakan.Susah-payah mereka membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa,masyarakat dan negara.

Usahlah,janganlah kita melupakan akan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu kita.Dia telah mengandungkan kita,bukannya sekejap tetapi sembilan bulan sepuluh hari kita di dalam kandungan,dibawa bersama-sama payah jerih ditanggungnya.Dia melahirkan kita,menyusukan kita,amat tinggi pengorbanannya.Semasa kita kecil,ketika waktu tidur ibu kita menjaga kita,kalau boleh seekor nyamuk pun tak dibenar gigit kita.Dijaga dan dibelai,pengorbanan ibu membawa kita ke syurga kerana ada pepatah melayu mengatakan “pintu syurga di bawah telapak kaki ibu”.

Seorang lelaki yang bergelar “bapa”mempunyai pengorbanan yang tinggi disebalik pengorbanan seorang ibu.Bapa kita telah membesarkan kita,dia telah bersusah payah untuk membesarkan kita walaupun dihimpit pelbagai masalah dan cabaran kehidupan.Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan bapa kita untuk membesarkan kita.Sebagai anak-anak kita wajib membalas akan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada kita sehingga kita mampu berjaya dalam kehidupan,walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan sebarang balasan dari anak-anak mereka.Percayalah ALLAH pasti membalasnya kerana redha ALLAH terletak pada redha ibu-bapa kita.



Fakta tentang seorang Wanita :)




Okay assalamualaikum guys. Hari ni aku nak cerita pasal perempuan maklumlah aku kan perempuan :P hihi. okay straight to the point aku nak kongsi lah sedikit pasal perempuan/wanita ok. Sila baca kat bawah ni thank you :)

1. Perempuan suka bercakap. Walaupun mereka tak ada apa-apa perkara untuk dikatakan, mereka tetap akan bercakap walaupun hanya untuk membicarakan tentang perkara yang sama berulangkali. Kadang-kadang orang yang mendengar pun dah boleh hafal jalan ceritanya. ^_^

2. Perempuan suka bertanya tentang perkara yang tidak mempunyai jawapan yang tepat. Itu salah satu usaha untuk membuatkan anda rasa serba salah walaupun anda tak bersalah. Terutamanya jika anda lelaki.

3. Perempuan tak ada apa-apa untuk dipakai bila diajak untuk keluar. Janganlah tanya tentang baju yang bertimbun dalam cupboard 5 pintu dia tu. Mesti dia akan cakap, ‘Tak ada bajulah nak pakai’. Oh shut up. You just don’t understand.

4. Perempuan suka berjalan dalam kumpulan walaupun hanya untuk ke tandas. Inilah salah satu cara mereka mencari peluang untuk bergosip!

5. Kalau seorang lelaki akan pergi untuk 7 hari lawatan ke sesuatu tempat, dia akan pack untuk 5 hari punya outfits dan akan pakai baju yang sama 2 kali. Tapi kalau seorang perempuan akan pergi untuk 7 hari lawatan ke tempat yang sama, dia akan pack 21 outfits sebab dia tak tahu apa yang dia nak pakai untuk setiap hari kat sana nanti.

6. Perempuan akan sentiasa rasa tak selamat tentang berat badan, punggung dan breast size mereka. Mesti ada yang tak kena.

7. Perempuan akan rasa exited, heaven dan ‘terkawal’ bila berada di shopping complex. Nampak mall macam nampak Brad Pitt.

8. Perempuan tak suka jawapan jujur bila dia tanya, “How do I look?”

9. Perempuan sanggup memandu jauh untuk mengelakkan possibility untuk sesat kalau guna jalan shortcut.

10. Perkara yang paling memalukan bagi seorang perempuan adalah apabila mengetahui ada seseorang memakai pakaian yang sama atau hampir sama dengan mereka. Tapi pernah tak anda dengar seorang lelaki berkata, “Ohmaigoat! There’s another man wearing the same black tuxedo, get me outta here!”


Ok dah habis baca? hee kesimpulan nya, wanita ni comel hahahaha *gurau. tade la, wanita ni ISTIMEWA tau. Ni antara perkara tentang wanita yang dapat aku kongsikan. Sekian.

Saturday, 16 February 2013

PULANG.......

hmmmm hari ni dah nak balik dah uitm :( sedih nak tinggalkn rumah :/
hmmmm apa pun aku kne kuat :)

VACATION IN BALAU

Sempena cuti Hari Raya Tahun Baru Cina , saya sekeluarga pergi berkelah untuk cuti ni. Walaupun, dengan hari yg hujan je ta henti-henti, kita org ttap happy :)

nahhhh tngok la gambar2 nih :)


 ni otw g sana :)
 adik n adik sdare


 :)







dahhhh best tak? :P ok lahh bbyeee

Sunday, 6 January 2013

IMMA HAPPY :))


Okay, Hi guys, assalamualaikum? Hari ni baru ada masa nak update blog kesayangan aku brrrr :P haha. Ok macam biasa gambar kat atas tuh untuk semua yg buat aku happy. I really really really appreciate it :* .  First   surely la ma ayah aku. I LOVE you. Then, my siblings, friends and ..................... my hero ;) hihi bie la :) ok i love you all :* thanks for make me happy and laugh.I cant life without us.

Tuesday, 25 December 2012

LONELY




Aku tidak berharap untuk menjadi orang yang terpenting dalam hidup mu, kerana itu merupakan permintaan yang terlalu besar bagi ku.. 
Aku hanya berharap suatu saat nanti jika kau melihatku, kau akan tersenyum dan berkata " DIALAH ORANG YANG SELALU MENYAYANGIKU" :')



Hyeeee :) Assalamualaikum. hmmm hari ni aku dah get well sikit :) Alhamdulilah. Dua hari tak sihat cause got fever. hmmm memang menyakitkan! i'm hate when getting fever arghhh! nak makan, nak minum semua tade selera. terbaring je. sakit tekak ishhh. But it's okay tu semua ujian. Why ujian sekecil ni aku tak boleh terima sedangkan ujian n dugaan before ni lg besar aku cool je. Elehhh cool ke? T.T kat mulut cakap cool tapi tak cool langsung hahaha itulah aku. Tuhan je tahu. So, aku sentiasa terima semua takdir Allah. Hmmmmm tapi kn tapi kn....macam org lain jugak kn bila sakit mesti na dapat perhatian or orang yg caring gyla babi dekat kita :/ same goes with me too. Aku terasa sunyi bila sakit ni. Aku nak dimanjakan :/ tapi kenapa awak tade bila saya sakit :( saya sakit sanggup buka mata ni nak msg awak even tak larat gila nak buka mata sebab pening gila. tapi saya msg juga. ok saya tahu ni tak penting pun~ abaikan. Seriously! rasa macam saya tak wujud je. Mana awak? :/ saya nak awak suap kan ubat. Saya terasa sunyi bila awak tade :( seharian baring je tunggu awak. saya faham awak nak berjalan saya tak kisah pun tapi jangan lah lupa saya :( saya sakit n i need you so much. Bukan nak gedik2 tapi cuma na awak bg semangat :) Hmmmm tape lahhhh awak msg saya jugak kn mlm tuu saya happyyyy gila tahu? Hilang sekejap sakit ni. Tapi bpe jam je msg awak dah tidur :'( ok tape lah awak penat kan? :) saya faham. Tapi kalau boleh nak sangat awak teman saya sampai saya tertidur, tapi tape, saya okay je :) .





OK, saya nak still ok je relay kita ni. Tak nak ada org ganggu relay kita ni :( tapi sape lah saya nak halang semua ni. Hanya mampu berserah je :/ Hari2 doa supaya kita long lasting insyallah. Tapi kenapa ada je orang lain? ok saya think positif itu dugaan :'( Ya allah buangkan lah rasa cemburu aku ni :( aku tak nak gaduh tu je. Ok dah hope you'll changed. Ehhhhhhh, hmmm hope awak suka card yg saya bgi tu :') sorry itu je yg mampu saya bgi :) saya cuma nak cuba jadi yg terbaik untuk awak i'll try. :') Hope you'll appreciate me. Ehhh tapii saya nak say thanks untuk coklat and semua yg awak bg tu :) suka gila.





Ok saya teringin nak dapat bunga rose :) hee ok merepek. Tade lah sbb dy wangi gila. Hope satu hari nanti saya dapat bunga ni dari awak :)





Hopes you really meant it baby. 





Ok dah t aku blogging lagi :) bbye.